Our Recent Posts

Tags

No tags yet.

Trip Memancing di Langkawi Permata Kedah

Salam..kali ni penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai salah satu aktiviti yang telah dilakukan oleh penulis pada cuti semester baru2 ini iaitu Trip memancing di Langkawi permata Kedah.

Trip pada kali ini bermula pada pukul 5 pagi. Ketika kebanyakkan manusia sedang nyenyak diulit mimpi, penulis bersama-sama ayah tercinta dan En Jamal, rakan ayah telah bergegas menuju ke tempat membeli udang hidup yang akan digunakan sebagai umpan bagi trip memancing pada kali ini.

Selepas berjaya mendapatkan udang-udang hidup yang diletakkan di dalam dua bekas yang dilengkapi dengan alat oksigen bagi memastikan agar udang kekal hidup, kami bergegas menunaikan solat subuh di masjid berdekatan. Selepas itu, kami membeli sarapan dan seterusnya bergerak ke jeti untuk menaiki bot dari sana.

Kemudian, perjalanan dari bot menuju ke tengah lautan pun bermula. Memandangkan Langkawi merupakan sebuah pulau yang dihiasi dengan batu2 karang yang cantik lagi menarik, maka tidak sukar untuk kami memilih lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai port untuk memancing.

Artikel dipetik dari: iqmalhisham.blogspot.com