The ultimate sport fishing boats 

Facebook Twitter Gplus RSS
formats

Trip Memancing di Langkawi Permata Kedah

Salam..kali ni penulis ingin berkongsi pengalaman mengenai salah satu aktiviti yang telah dilakukan oleh penulis pada cuti semester baru2 ini iaitu Trip memancing di Langkawi permata Kedah.

Trip pada kali ini bermula pada pukul 5 pagi. Ketika kebanyakkan manusia sedang nyenyak diulit mimpi, penulis bersama-sama ayah tercinta dan En Jamal, rakan ayah telah bergegas menuju ke tempat membeli udang hidup yang akan digunakan sebagai umpan bagi trip memancing pada kali ini.

Selepas berjaya mendapatkan udang-udang hidup yang diletakkan di dalam dua bekas yang dilengkapi dengan alat oksigen bagi memastikan agar udang kekal hidup, kami bergegas menunaikan solat subuh di masjid berdekatan. Selepas itu, kami membeli sarapan dan seterusnya bergerak ke jeti untuk menaiki bot dari sana

Kemudian, perjalanan dari bot menuju ke tengah lautan pun bermula. Memandangkan Langkawi merupakan sebuah pulau yang dihiasi dengan batu2 karang yang cantik lagi menarik, maka tidak sukar untuk kami memilih lokasi yang sesuai untuk dijadikan sebagai port untuk memancing.

So, pada sapa2 nak g trip memancing lain kali, jangan segan silu ajak penulis. Setakat itu sahaja perkongsian buat kali ini. Ketemu di post berikutnya. Wasalam.

Artikel dipetik dari: iqmalhisham.blogspot.com

Share

2 Responses

  1. shidey

    berapa sewa bot tu ek..ada no fon ke..

    • admin

      Untuk keterangan lanjut berkenaan harga sewa bot, sila hubungi EN. Mohd Shukri +60124219506 atau En. Nadzeri Walad +60123346992.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Home Fishing Trips Trip Memancing di Langkawi Permata Kedah